cer criter aper maksudnyer

Wednesday, 7 June 2017

PERGILAH KASIH PERGILAH SAYANG-macam tajuk lagu daa


Lama dah tak tulis blog ni hari ni baru nak mula balik kongsi cerita di alam maya ni..
harini bukan nak crita pasal resepi tapi pasal kekasihku di lenggek keta di atas jalan tar di depan mata ku sendiri,,,
klau tgok rupa paras kesayangan ku mmg x ada harapan ..kejadian ni berlaku sewaktu nak g keja bawa motor .selalu aku masuk kesayangan ku dalam beg atau poket seluar tapi haritu aku g gatai letak dalam raga motor ..jaring raga motor tu  besau plak..memang dah x ada rezeki aku .tapi aku akan g repair jugak screen dia sbb bila on boleh jer walaupun dah ber kecai.semua ni jadi pengajaran dekat aku yang suka buat halaibalai....
aku sedar dia jatuh tapi apakan daya jalan waktu tu sibuk nak ke tempat kerja..aku pasrah jerlah dia di lenggek keta ..itulah kisah kesayangan ku samsung J5...berkecai  cermin  dan cover .orang kata pasti ada hikmah .Akhirnya saya dapat hp idaman OPPO R9s terpaksalah korek simpanan .hu hu nak tunggu en suami kasi lambat ...





Thursday, 26 March 2015

Nasi Kandaq v/s Telur Sotong n telur ikan

harini keluaq makan makan ngan bos kami pi pedeghas nasi kandaq.ha ha dah kluaq bahasa mamipineng.
al kisah nya begini ,aku sebenarnya mmg tak minat makan nasi kandaq kalau orang beli aku tibai jer la tu pun tgok kuah la kalau banya sekali suap jer dah tinggai balas lauk ja...tak tahan tekak..
harini semua orang dok asyik wat keja tetiba aku terkeluaq perkataan nasik kandaq  semua berpaling kat  aku .depa kata  ha elok sangatla tu peghut dah lapaq ni jom kita semua g mentedaghah nasik kandar kat A rahman ,pelita ka Mohamad Bistro ka belakang masjid ka...
ha ha semua bangun teghus kami semua p kdai nasik kanadaq Abg Rahman laaa.
Sesampai jer trus tenang teloq ikan  dok sebelah plak teloq sotong.perghhh Teluq ikan dia besaq tol ...Tekak ceq memang tak tahan dok melegak ja

ni gambaq aku google sbb aku x bawa hp .lebih kurang macam ni  .saja boh jugak gambaq bagi dapat feel mcam aku kat kedai mamak tu.dalam mamak tu dok cedoq kuah ,tekak aku dok telan ayaq liuq perghhhh tak tahan .ci mamak tak dengaq kot aku habaq awai,aku tak moh boh kuah banyak langsung dapat kuah sepinggan .potong stim mamak n i dalam dok pesan jangan boh kuah banyak dia boh jugak...mulalah tekak aku tukaq selera  jadi kembang plak hadoiii mamak oi.

semua gambaq dalam ni aku google habaq tegus teghang
semua gambaq aku google .habaq awai2 sakgi ada "complecated comunications " ha ha punah bahasa ayahda.
samabung had tadi nasi aku tak habis  yang deghas teh ais tak cukup segalas pi beli air mineral sebotoi besaq bawaq bekai  balik pejabat.tu lah ceghita haghi ni nak jadi mami pineng x boleh sbb bukan selera teman .teman orang perak  kari2 ni kurang cikit.teman banyak makan masak lemak  dgn rendang ajer kih kih .tok sah dok perasaN LER mid oiiii 

Cerita kat atas ni tak dak kena mengena ngan yang dok hidop n yang dah mati hanya kena mengena nagan aku jaaaa ANAKBONGSUPAKHARUN

Thursday, 5 March 2015

Ayam Panggang Stokin

 ni ayam panggang aku buat bila ramai balik kampung tambah2 time cuti sekolah sekor tarak cukup mesti mau-mau tiga ekor.Resepi ni aku yang reka nama dia ayam panggang stokin sebab dia pkai stokin la .Nama ni kak aku yang sulung bagi sbb dia yang gatai  p bubuh stokin kat ayam tu sbb nak ambik gambar nampak cantik,kih kih

Resepi Ayam panggang Stokin( 1ekor ayam)
hak cipta terpelihara  by abh82


2 ulas bawang putih -tumbuk halus\blender

2 ulas bawang merah-tumbuk halus\blender
1 inchi halia-tumbuk halus\blender
2 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
1 sudu Tea kicap pekat
1 sudu makan  garam(secukup rasa)
1 sudu makan lada hitam tumbuk kasar
1 sudu makan cili giling


cara buat:

mix semua bahan perap pada ayam .lumur   pada semuab hagian .Perap sehingga 2 jam .
setelah 2 jam bakar ayam  dan gunakan sos perapan yang lebih untuk renjis pada ayam  bersama minyak.Nak dapatkan haruman pada ayam ambil daun pandan ikat dengan serai 2 batang .tumbuk hujung  jadikan sebagai brush untuk sapu ayam yang di bakar .bakar selama 1  jam atau setelah masak.Nak tahu masak potong  cikit hurmm bau sedap   isi bahagian dalam pun dah masak kira ok latu dah boleh ngapla ...



Thursday, 29 January 2015

Impian vs Kewangan

ni post  pertama sejak masuk tahun 2015.bukan malas nak type tapi banyak sangat halangan.nak type dekat tempat kerja takut ganggu kerja lagipun(teringat ostatkata jangan belok2 kat tempat kojer)hi hi .hp plak asyik meragam dok suruh beli lain sampaikan teman2 suruh tukar baru asyik dok beli gam gajah jer.sayang hp tu kenangan encik suami beli.walau pecah sana sini teman banyak kenangan dgn hp tu....
harini teman tukar wall lain semperna nak menambahkan menyemarakan  api semangat dalam diri teman bahawasanya teman akan jadik tokey kedai hik hik2 angan 2 lagi jer.kedai teman nak teman cat ghoper wall blog ni ler hari2 dok berangan ni tapiiiiiiii dana lum ada tu yang sedih nyer ...pak mentue teman dah bagi 9 ghatuih hengget teman ada sehengget di tangan .aku teman bukan jenis menyimpan (tahi lalat ditapak tangan orang kata tukang pegahabih) kih kih.sekarang baru nyesal .haduih jadikah projek ku ini ...
Tangan ni tak henti2 menadah doa agar Tuhan perkenankan doaku ...  

26hb Disember 2014 - teman g jumpa owner kedai bincang   (mak cik   Faridah) ditemani member         pejabat (kak su) kata putus di beri aku setuju dengan syarat                      yang telah diputuskan  .Kena Buat Agreement)

3hb Januari 2015 -   Teman g amik kunci jam kul 7.30 pagi kat   kedai.Tokey tu kata kena bayar cengkeram  untuk masuk api semula.alah aku x ada dana Lagi.


27hb Januari 2015-   Submit borang pinjam tertinggal statement    bank plak hadoi ..dugaan lagi bila nak dapat      dana niiiiii .kena tunggu 2 minggu lagi lah  plak

03hb Febuari 2015-Hp ku wat hal lah plak .Tapi salah nyer aku letak merata -rata .so bila anak buah ambik tak tahu mak sedarnyer suka tukar pattern pasword dah banyak kali demer cuba agaknya sampai kluar pasword .aduh dah ler tak ingat kena p hantar format nak kena buang duit jgak ni .nasib anak sedara baik ati bagi pinjam hp samsung s4.tapi sreen ade losak cikit.orang dah nak bagi aku sebatjerlah .jenuh terkial2 pkai hp tu..2 hari baru ok ...huhhhh legaa.
4hb Febuari 2015- Print statement hantar .YaAllah harap impianku akan jadi kenyataan.....
kita tunggu apa yang akan terjadi kat aku punya impian ni sambil tu doakan daku selalu.



Wednesday, 3 September 2014

Hobiku akhirnya jadi duit buatku

Bermula dengan minat dan menjadi hobi .Aku memang suka buat untuk teman bila diorang nak bertunang  atau nikah .Setakat satu  dua dan barang semua diorang sediakan  aku memang tak cas apa2.Kalau minta tolong ,tapi semua barang aku sediakan  hehe sendiri mau ingat lerrr.

Selain gubahan  hantaran ,aku juga  homemade coklat ,kek,pulut kuning dan biskut untuk hantaran.
kuih Kapal Terbang

pulut kuning
kuih kapal terbang
cok lat

ni sebahagian yang aku gubah  .dibawahni  gubahan tuala.

tuala bunga rose
gubahan dari tuala
kini ramai teman 2 ku yang menempah untuk gubahan  hari pertunangn dan pernikahan.Syukur  ke hadrat ilahi kerana limpahkan  aku rezki ini.

Mentara Atau Bentara

Mentara atau bentara  mungkin maksud yang sama .tapi di tempat  mid memang panggil mentara .mungkin setiap kampung ada sekelompok mentarani.ini cerita mentara di kampungku.aku cerita sebab aku pun ada joint sekali  .Nilah geng mentara kami Kampung Hulu Cheh,Jalan Rezeki ,Changkat Jering Bukit Gantang.kami sedia berkhidmat bagi kawasan terdekat sahaja .Mempunyai kakitangan yang cekap dalam kerja.Inilah sebahagian mentara kami.
sebahagian mentara  
semasa menjadi mentara dirumah Yb Idris

Sikap saling bantu membantu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain .Dikalangan kami ada yang muda ada yang veteren.
menunggu tuan rumah sampai

Selain menjadi mentara kami juga membuat tahlil kecil-kecilan dan membaca yasin  ke rumah-rumah.Perkhidmatan kami  akan di bayar mengikut kemampuan tuan tapi berbaloilah .he he




Sepetang Di Dusun Ayahku


Cuti hari merdeka  panjang .dah lama tak kumpul adik beradik , selalu  berkumpul waktu raya itu pun tak semua ada .yang paling fames tiap2 tahun tak der ialah suamiku .every year dia mesti raya umah dia ..nasib dapat isteri yg faham .kalau anak lelaki sorang gitulah ....apa nak buat nasib badan..apadaaa ni nak citer pasal kebun daaa,bukan pasal my asben.
Dekat dusun aku ada cempedak ,durian ,langsat ,nangka ,dokong,duku,pisang ,pulasam dan macam-mcam lagi .x cited sangat nak ngambik buah dokong ni lupa untuk pandang sekeliling dan atas.Orang kata masuk hutan kena peka dan pandang sekeliling.aku memang udah terpacak bawah pokok dokong,tiba-2 abang ipar bagitahu ada  ULAR nun atas pokok.waaa lari tak cukup tanah .nasib ular tu dudu atas pokok yang tinggi  n mujur Tuhan kasi hero malaya yg peka dgn sekeliling .ni hero kami.My brother in law .Hee he
kami bior la ular tu kat situ tapi hati tarak senang takut dia turun.kami tukar plan g ke bahagian belakang kebun plak

Oleh kerana pokok buah dokong tinggi kami terpaksa tebang .ni penebang tak berlesen .habis pokok2 dia tebang.apabila pokok tu dah nak tumbang akulah jadi badang tahan pokok tu supaya tak jatuh terus ke tanah.kalau tidak lerai buah2 nya .ini badang action saja.

kelakar kakak ku sorang ni, seronok tol dia action jadi  badang .tapi di sebalik citer badang ni ada cerita yang tak boleh lupa.
Bila pokok dah tumbang kami pun mulakan operasi menuai buah dokong .seronok tak terkata abg ipar ku dapat ambil buah dengan tangan.
Buahnya besar2 n manis pulak.Kami dapat ambil 2 plastik  dokong dan 1 guni cempedak.Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana telah memberi rezeki ini.

Wednesday, 20 August 2014

Kek Coklat Moist

kek ni aku buat masa jamuan rumah terbuka aritu.semuanya nak mudah dan cepat so aku guna tepung mix  .hasilnya memang dasat dan x sempat nak posing udah lenyap.ini saja yang sempat sebab aku sorok dalam ketuhar.kelembutan kek dan moist nya mengasyikkan (.amboihh lebih -lebih lak).selalu aku bakar lapik kertas minyak kalini aku   tukar cara stim macam buat kek cheese tuu .jom kita terjah resepinya.


Bahab-bahannya:
500 gm Tepung kek coklat moist mix
5 biji Telur gred c
100 ml air/susu segar/susu cair(saya guna susu segar)
1 /2 cawan minyak /minyak jagung /butter cair(saya guna minyak jagung)

cara-caranya:
*Panaskan oven 180c dan bakar loyang yang berisi air separuh loyang .ukuran loyang mestilah besar sikit dari loyang yang nak bakar kek .takut nanti tak muat loyang kek nak dimasukkan dalam loyang berisi air .
*pukul telur sampai kembang
*masukkan Tepung dan Susu pukul dengan kelajuan rendah  sampai sebati baru tukar kelajuan
tinggi selama 20 minit
masukkan minyak  putar lagi sampai 10 minit .ambil spatula kacau sikit adunan tersebut takut ada lagi yang tak hancus (sbb  aku dah terkenakih kih)
masukkan adunan kedalam loyang yang dah dsapu  dengan butter /minyak
Tutup loyang kek dengan alumunium supaya kek tak masuk air.
Bakar suhu 180c selama 1  jam 20 minit  atau sampai masa bergantung pada oven masing2.

Toping Kek

1 cawan krim whipping kurang manis
1 cawan coklat masak
1 sudu besar coco butter/butter kasi kilat
1/2 cawan coklat rise

cara 2nya:

masak krim whipping cara dubble boil sampai mendidih masukkan coklat dan butter kcau sampai cair dan tutup api .
bila kek dah sejuk boleh  curahkan topping dan tabur coklat rise


selamat mencuba








Sunday, 10 August 2014

wiget luv


budak comel


wiget comel


Keindahan Desaku

Rumahku syurgaku ,aku dilahirkan disini .Suka dukaku banyak tersimpan dirumah ini .Rumah ku yang sudah berusia 50 tahun ini yang terletak di sebuah desa bernama Kampung Hulu Cheh,Jalan Rezeki..memang sesuai dengan nama jalan.
Jalan Rezeki  yang memang menyimpan banyak rezeki .Didalam kampung ni semua orang melayu sahaja yang tinggal  dan semua dalah saudara belah mak dan ayah aku .itu yang istimewanya .hidup sering bergotong royong....
Aku  anak yang ke 8 dari 8 adik beradik .Kira aku anak manjala konon, cis aku bukan begitu  biarpun aku anak bongsu.
Dirumah ini aku aku dilahirkan dan dibesarkan .dari kecil sampai hari ini aku masih disini  menjaga ibuku setelah ayahku pergi 8 tahun dahulu.
Hadapan rumahku adalah surau .dikiri dan kanan rumahku adalah rumah saudaraku .Dan nun dihujung kampung ada air terjun yang sejuk airnya.Anak buah ku kalau balik kampung pasti nak kesitu .
Di belakang rumah ada  kebun getah dan kebun buah-buahan.Alhamdulillah itu  harta yang ayahku tinggal untuk kami adik beradik.
Musim buah kali ni mmg amat sedih banyak buah yang jatuh gugur tak termakan .sedih nak jual harga terlampau murah .Sedekah tu tak yah kata sampai ofer orang ambil dekat pokok .Mana taknya musim buah kalini  adalah bulan puasa orang tak makan buah, pulak tu musim panas  .sabar ajelah itulah dugaan tuhan bila tak ada buah merungut dah tuhan bagi rezeki sampai tak termakan. Apapun aku bersyukur masih boleh menikmati nikmat dunia yang tak terucap dengan kata2

Sekian 




Kerabu Pucuk Kaduk


Banyak khazanah yang Tuhan cipta dibumi .setiap penyakit ada obatnyer kecuali MATI...kekadang kita sibuk mencari ubat tanpa kita sedari disekeliling kita ada ubat (HERBA) yang tumbuh.Salah satunya Pokok Kaduk ni 
pokok kaduk


harini bukan nak cita pasal pucuk kaduk ni tapi nak kongsi resepi  kerabu pucuk kaduk bersama pucuk selon,

Bahan2nya:
7 helai daun kaduk yang muda 
5 helai daun selon
(dibasuh dan  di racik halus2)
1 /2 biji kelapa parut 
(ambil yang putih jer)
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 /2 inci belacan
1 ulas bawang merah
7 ekor udang kering
1 biji limau kasturi 
1 sudu besar gula 
garam secukup rasa

cara buat nyer:

1.Masukkan cili  besar,cili padi ,belacan ,udang kering ,bawang dan gula dalam pengisar kering atau lesung batu.
2.Kisar sampai lumat dan tuang dalang mangkuk besar .
3.Masukkan kelapa parut ,daun kaduk ,daun selon dan garam .
4.Perah sedikit limau .
5.Gaul semua bahan dan boleh di hidangkan ..
*saya campurkan daun selon sekali sebab saya tak tahan bau daun kaduk tu,jika tak mahu tak perlu masukkan. 


 Khasiat Daun Kaduk
Selain dibuat ulam ,daun kaduk juga banyak khasiat dalam merubat penyakit seperti merawat
*Sembelit,Demam Malaria,
Sakit Gigi- caranya ambil  sepokok  kaduk  beserta akarnya bilas bersih  dan rebus airnya bersama 7 gelas air rebus sampai jd segelas air .biar air tersebut suam baru minum .
*batuk dan hilangkan panau
ambil  7 helai daun kaduk yang tua tumbuk lumat  percikkan sedikit air.sapu ramuan tersebut pada leher jika batuk  dan pada panau jika mahu hilangkan panau.
*Ghaout*
aku sendiri derita sakit ini setelah aku dapat petua  amallan makan pucuk kaduk ,sakit ghout yang aku alami sudah ber kurang dan aku makan makanan laut pun tak apadah .dulu sampai tak boleh nak jalan .alhamdulillah
*ubat Cacing dalam perut*
aku ada baca dekat tenet boleh ubat budak yang ada cacing dengan meramas daun kaduk  dalam satu baldi air kemudian mandikan budak tu dengan air daun kaduk tu.insyaallah jika  serasi baikla penyakit tu....

sekian












Aku budak baru belajar...

Dah lama aku tak tulis  tahun melompat tahun bulan melompat bulan hari berganti hari masa sentiasa mencemburui kita...umur pun dah meningkat ...andai masa itu boleh ku putar ..................

jangan nak berangan wahai insan ..masa yang berlalu biarkan berlalu  mulakan hari ini dengan semangat yang baru selalu...jangan jadi "HANGAT2 TAHIK AYAM" tu pepatah pernah aku dapat dulu .Sampai sekarang aku terngiang2 di telingat ...takut dan fobia aku....




Aku buat blog ni saja2 bukan untuk masuk majalah ,sekadar untuk aku buang serabut di kepala aku bila aku luahkan dekat blogni tak der yang komen kalau dkat FB hancus aku ada yang tak kena....he he 
 dalam  aku tak hebahkan blog aku ada gak insan yang kata blog aku ni tak `upgrade'  ,gambar kelabu .hurm aku terima seadanya sebab aku Budak baru belajar . biarpun apa orang nak kata aku belajar dari kesilapan aku terima kritikan  untuk tambah ilmu di dada.

suatu ketika aku saja hayunkan cik tetikuis ni g jelajah blog orang lain ,wah2 cantik2 blog demer siap ada yang masuk majalah  aku tak lah sampai ketahap itu tapi aku teringin nak buat blog cantik cangitu..
bermula hari ni aku cuba upgrade blog aku agar sedap mater memandang  he hee

sekian untuk hari ini (gambar ni hanya sekadar hiasan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.

         mid. at. daughterharun1982@blogspot.com

Monday, 10 February 2014

Pulut Kuning Lapis Serunding

 

Banyak kenangan di sebalik pembikinan ini pulut.Aku pernah buat tapi 6 tahun yang lalu.ini adalah pulut kuning bidan terjun.
Tengah-tengah aku dok khusyuk wat kerja pejabat  bunyi meseg terima kat hp aku.buka meseg aku dapat meseg dari kawan lama seorang cikgu.dia meseg mintak buat pulut kuning untuk Cikgu sekolah yang nak pencen .aku kenal sangat cikgu tu dulu dia mengajar aku jugak.
aku tak fikir panjang terima jerla job tu...
Blik kerja terus cari bahan2 nya.

Bahan-bahan :

1/2 kilo beras pulut
100ml santan
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu gula 
2 Helai
beberapa titik pewarna kuning telur starbrand/serbuk



 Bahan untuk hiasan

 1 Mangkuk Serunding daging
Brokoli rebus
Cili merah yg diukir jadi bunga
bunga cengkih
telur puyuh rebus
telur ayam rebus 
cili padi warna merah 
tomato ceri 
daun Bawang
lidi 
daun pandan 
papan kek
loyang berbetuk bulat 8 innc / loyang yang bentuk luv ker

Cara buatnya
1.Rendam semalaman pulut dengan air yang di letak pewarna kuning
2.Keesokkannya tos pulut 
3panaskan air guna rise cooker.taruk penapis diatas permukaan rise cooker(cari yg muat2 jer dgan muka rise cooker)
kaedah ni dapat jimatkan gas tapi mempercepatkan kerosakkan rise cooker.ha ha...kalau takut guna pengukus yg  biasa.)
4.Masukakan pulut yang di tos bersama daun pandan .jangan kukus banyak2 nanti lambat masak .saya kukus sikit 2 sbb nak pastikan semua masak elok.
5.Letak  daun pandan than tutup tudung .
6.Agak 10 minit gemburkan sikit pulut supaya masak rata.
7.Setelah masak ketepikan ,masak santan dengan garam dan gula dengan api yang sederhana .Jangan masak sampai pecah minyak cukup sekadar mendidih tutup api.
8.Masukkan santan sedikit demi sedikit sampai pulut lembut dan sebati dengan santan.
9.Lapik plastik di dasar loyang masukkan pulut tekan rata agak 2 inchi tebal
10.Tabur serunding sampai pulut tak nampak.
11.Ulang no 9.tak payahla taruk plastik pulak.dan rata tabur lagi serunding  
12.ulang lagi no 9 than tekan kemas .
13.Ambil papan kek telangkup dan boleh di hias ikut kretiviti  sendiri.
14.Susun tomato ceri keliling  pulut selang seli dengan brokoli
bahagian atas letakla burung dua ekor.

Cara nak buat  burung

Badan  -telur ayam rebus
Kepala-Telur puyuh /fish ball
Paruh -cili burung
mata-bunga cengkih
ekor-daun pandan potong bentuk v
untuk cantum kan gunakan lidi sate biar lebihkan bahagian bawah untuk cucuk di permukaan pulut




Dip Apple ku yang pertama

Apple Dip

Cuti  tak ada kerja Mid perabiskan masa luang yang ada dengan kerja conteng -conteng.kesian pulak tengok apple ni .
nak makan tak boleh sayang.dalam mid dok simpan sebab sayang ada insan yang dah ngapp .....Apple Dip ku..hu hu

Jom kita belajar cara-car nak celup apple ni

Bahan-bahan nya:


3 cawan coklat syiling.(coins milkchoclate)
3 cawan coklat syiling.(coins white choclate)
Lidi Sate secukupnya
 Manik Hiasan


Caranya:

#cairkan coklat  (kaedah doubleboil)
#cucuk lidi di tengah2 apel (tang tangkai)
#celup aple  seluruh coklat ikut kretiviti .
#cucuk lidi pada polisterin board yang tebal
# biarkan dia sejuk dan kering.
#ambil colat yang berlainan warna masukkan kedalam piping beg dan gunting sedikit di hujung.
#buatla corak pada apel yang dah di celup tadi.
#untuk bertambah seri taburkan hiasan manik .
#jangan lupa cabut lidi .
#kalau takut nampak lobang tutup dengan manik hiasan atau taruk reben pada tangkai apel
(sesuai di jadikan gift untuk party birthday n apa -apa even la.)

#selain epal ,apa jenis buah pun boleh di celup.
Hobi ini boleh buat duit kalau rajin.
 harini saya citer jer cara2 nya nanti saya  letak gambar agar mudah nak buat.





Pokok Bunga janda suli

JANDA SULI


Nama ni jerlah yang  Mid tahu .dari kecil sampai  besou gini Janda suli jer  Mid dengor .Kalau ada nama lain boleh ler bagitahu  kita kongsi-kongsi....
Pokok ini mempunyai bunga berwarna putih  dan amat harum.Pagi-pagi dilamanku bau semerbak sampai ada orang tegur.Dah tegur tu biasala cabut satu bawa balik tanam umah diala.Kami tak kisah asalkan dia bahagia .Mana tak nya Mid pun  buat cam gitu gak tapi kadang-kadangla ,itu pun umah sedara-mara jer.

Khasiat:

Maka kata janda suli  untuk ubat orang yang  keguguran dan ubat bagi kelancaran  MAI BULAN .rebus ubi  dan minum air nya .sebelum minum  baca doa dan selawat keatas nabi 3 x than mohon pada Allah agar sembuhkan  penyakit kita.