cer criter aper maksudnyer

Wednesday 20 August 2014

Kek Coklat Moist

kek ni aku buat masa jamuan rumah terbuka aritu.semuanya nak mudah dan cepat so aku guna tepung mix  .hasilnya memang dasat dan x sempat nak posing udah lenyap.ini saja yang sempat sebab aku sorok dalam ketuhar.kelembutan kek dan moist nya mengasyikkan (.amboihh lebih -lebih lak).selalu aku bakar lapik kertas minyak kalini aku   tukar cara stim macam buat kek cheese tuu .jom kita terjah resepinya.


Bahab-bahannya:
500 gm Tepung kek coklat moist mix
5 biji Telur gred c
100 ml air/susu segar/susu cair(saya guna susu segar)
1 /2 cawan minyak /minyak jagung /butter cair(saya guna minyak jagung)

cara-caranya:
*Panaskan oven 180c dan bakar loyang yang berisi air separuh loyang .ukuran loyang mestilah besar sikit dari loyang yang nak bakar kek .takut nanti tak muat loyang kek nak dimasukkan dalam loyang berisi air .
*pukul telur sampai kembang
*masukkan Tepung dan Susu pukul dengan kelajuan rendah  sampai sebati baru tukar kelajuan
tinggi selama 20 minit
masukkan minyak  putar lagi sampai 10 minit .ambil spatula kacau sikit adunan tersebut takut ada lagi yang tak hancus (sbb  aku dah terkenakih kih)
masukkan adunan kedalam loyang yang dah dsapu  dengan butter /minyak
Tutup loyang kek dengan alumunium supaya kek tak masuk air.
Bakar suhu 180c selama 1  jam 20 minit  atau sampai masa bergantung pada oven masing2.

Toping Kek

1 cawan krim whipping kurang manis
1 cawan coklat masak
1 sudu besar coco butter/butter kasi kilat
1/2 cawan coklat rise

cara 2nya:

masak krim whipping cara dubble boil sampai mendidih masukkan coklat dan butter kcau sampai cair dan tutup api .
bila kek dah sejuk boleh  curahkan topping dan tabur coklat rise


selamat mencuba








Sunday 10 August 2014

wiget luv


budak comel


wiget comel


Keindahan Desaku

Rumahku syurgaku ,aku dilahirkan disini .Suka dukaku banyak tersimpan dirumah ini .Rumah ku yang sudah berusia 50 tahun ini yang terletak di sebuah desa bernama Kampung Hulu Cheh,Jalan Rezeki..memang sesuai dengan nama jalan.
Jalan Rezeki  yang memang menyimpan banyak rezeki .Didalam kampung ni semua orang melayu sahaja yang tinggal  dan semua dalah saudara belah mak dan ayah aku .itu yang istimewanya .hidup sering bergotong royong....
Aku  anak yang ke 8 dari 8 adik beradik .Kira aku anak manjala konon, cis aku bukan begitu  biarpun aku anak bongsu.
Dirumah ini aku aku dilahirkan dan dibesarkan .dari kecil sampai hari ini aku masih disini  menjaga ibuku setelah ayahku pergi 8 tahun dahulu.
Hadapan rumahku adalah surau .dikiri dan kanan rumahku adalah rumah saudaraku .Dan nun dihujung kampung ada air terjun yang sejuk airnya.Anak buah ku kalau balik kampung pasti nak kesitu .
Di belakang rumah ada  kebun getah dan kebun buah-buahan.Alhamdulillah itu  harta yang ayahku tinggal untuk kami adik beradik.
Musim buah kali ni mmg amat sedih banyak buah yang jatuh gugur tak termakan .sedih nak jual harga terlampau murah .Sedekah tu tak yah kata sampai ofer orang ambil dekat pokok .Mana taknya musim buah kalini  adalah bulan puasa orang tak makan buah, pulak tu musim panas  .sabar ajelah itulah dugaan tuhan bila tak ada buah merungut dah tuhan bagi rezeki sampai tak termakan. Apapun aku bersyukur masih boleh menikmati nikmat dunia yang tak terucap dengan kata2

Sekian 




Kerabu Pucuk Kaduk


Banyak khazanah yang Tuhan cipta dibumi .setiap penyakit ada obatnyer kecuali MATI...kekadang kita sibuk mencari ubat tanpa kita sedari disekeliling kita ada ubat (HERBA) yang tumbuh.Salah satunya Pokok Kaduk ni 
pokok kaduk


harini bukan nak cita pasal pucuk kaduk ni tapi nak kongsi resepi  kerabu pucuk kaduk bersama pucuk selon,

Bahan2nya:
7 helai daun kaduk yang muda 
5 helai daun selon
(dibasuh dan  di racik halus2)
1 /2 biji kelapa parut 
(ambil yang putih jer)
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 /2 inci belacan
1 ulas bawang merah
7 ekor udang kering
1 biji limau kasturi 
1 sudu besar gula 
garam secukup rasa

cara buat nyer:

1.Masukkan cili  besar,cili padi ,belacan ,udang kering ,bawang dan gula dalam pengisar kering atau lesung batu.
2.Kisar sampai lumat dan tuang dalang mangkuk besar .
3.Masukkan kelapa parut ,daun kaduk ,daun selon dan garam .
4.Perah sedikit limau .
5.Gaul semua bahan dan boleh di hidangkan ..
*saya campurkan daun selon sekali sebab saya tak tahan bau daun kaduk tu,jika tak mahu tak perlu masukkan. 


 Khasiat Daun Kaduk
Selain dibuat ulam ,daun kaduk juga banyak khasiat dalam merubat penyakit seperti merawat
*Sembelit,Demam Malaria,
Sakit Gigi- caranya ambil  sepokok  kaduk  beserta akarnya bilas bersih  dan rebus airnya bersama 7 gelas air rebus sampai jd segelas air .biar air tersebut suam baru minum .
*batuk dan hilangkan panau
ambil  7 helai daun kaduk yang tua tumbuk lumat  percikkan sedikit air.sapu ramuan tersebut pada leher jika batuk  dan pada panau jika mahu hilangkan panau.
*Ghaout*
aku sendiri derita sakit ini setelah aku dapat petua  amallan makan pucuk kaduk ,sakit ghout yang aku alami sudah ber kurang dan aku makan makanan laut pun tak apadah .dulu sampai tak boleh nak jalan .alhamdulillah
*ubat Cacing dalam perut*
aku ada baca dekat tenet boleh ubat budak yang ada cacing dengan meramas daun kaduk  dalam satu baldi air kemudian mandikan budak tu dengan air daun kaduk tu.insyaallah jika  serasi baikla penyakit tu....

sekian












Aku budak baru belajar...

Dah lama aku tak tulis  tahun melompat tahun bulan melompat bulan hari berganti hari masa sentiasa mencemburui kita...umur pun dah meningkat ...andai masa itu boleh ku putar ..................

jangan nak berangan wahai insan ..masa yang berlalu biarkan berlalu  mulakan hari ini dengan semangat yang baru selalu...jangan jadi "HANGAT2 TAHIK AYAM" tu pepatah pernah aku dapat dulu .Sampai sekarang aku terngiang2 di telingat ...takut dan fobia aku....




Aku buat blog ni saja2 bukan untuk masuk majalah ,sekadar untuk aku buang serabut di kepala aku bila aku luahkan dekat blogni tak der yang komen kalau dkat FB hancus aku ada yang tak kena....he he 
 dalam  aku tak hebahkan blog aku ada gak insan yang kata blog aku ni tak `upgrade'  ,gambar kelabu .hurm aku terima seadanya sebab aku Budak baru belajar . biarpun apa orang nak kata aku belajar dari kesilapan aku terima kritikan  untuk tambah ilmu di dada.

suatu ketika aku saja hayunkan cik tetikuis ni g jelajah blog orang lain ,wah2 cantik2 blog demer siap ada yang masuk majalah  aku tak lah sampai ketahap itu tapi aku teringin nak buat blog cantik cangitu..
bermula hari ni aku cuba upgrade blog aku agar sedap mater memandang  he hee

sekian untuk hari ini (gambar ni hanya sekadar hiasan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.

         mid. at. daughterharun1982@blogspot.com