cer criter aper maksudnyer

Tuesday, 4 February 2014

Sate Ayam Weken

sate ayam ni aku buat semasa cuti raya  ritu .balik weken.maklumlah isteri  weken terbalik plak selalunya suami.bila cuti aku akan balik g jumpa suami.bertuahnya badan aku sebab dapat suami yang baik hati dan penyabar .Dalam hati dia tak tahuler.redho jerlah..nak wat camner dah kojer ...suamiku keje kampung .yang penting keizinan dan restu suami untuk memudahkan kita menjalankan urusan pekerjaan.kalini  saya nak share resepi  sate ayam .sebab tajuk ada tambah weken sebab aku buat  bila weken jer kalau hari biasa  tengok mood ler.




Bahan-bahan :

Bahan Sate 
  • 1 ekor ayam -  dipotong dadu 
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

Bahan A :
  • ½ kg bawang merah
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 inchi lengkuas
  • 1 inchi  halia
  • 1 inchi  kunyit 
  • 5 batang serai
Cara buatnya:

1.Potong dadu ayam n kalau suka ambil  kulit sekali n basuh terus toskan 
2.Kisar semua bahan A hingga  halus 
3.Tuang bahan yang dikisar dalam bekas besar  n masukkan ayam gaul dan masuk peti ais
perap satu malam baru perisa serap dlm daging ayam.
4.esoknya ambil daging ayam yg diperap cucuk pada lidi selang seli dgan kulit.kalau x suka cucuk isi saja.


Tip:
*elakkan lidi terbakar
-cucuk ayam rapat-rapat dan jangan bagi nampak lidi
*Daging ayam lembut dan wangi 
-ambil air perapan ayam  masuk kedalam mangkuk tambah sedikit butter/minyak
ketuk 2 batang  serai dan ikat bersama daun pandan 
celup batang serai dan pandan kedalam air perapan dan butter renjis2 pada satay semasa bakar.
bakar pada api bara kalau ada api kipas daaa nanti makan satay hangus pulak.aduyaiii
-satay jangan bakar terlalu lama nanti korasss,agak2 dah masak angkatla





No comments :

Post a Comment