RESEPI HATI LEMBU GORENG BERSAMA KACANG BUNCIS
bahan-bahannya
1/ kilo Hati lembu dipotong dadu
300gm Kacang Buncis
1 biji Cili Merah
2 ulas bawang Putih-tumbuk
2 Ulas bawang merah-tumbuk
1/2 inci halia- potong halus2
1 biji bawang Besar
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1/2 cawan air
garam secukup rasa
Cara-caranya.
mudah ajer masukkan minyak kedalam kuali dan goreng hati sampai masak
buang sedikit minyak ,masukkan bawang putih dan bawang merah goreng lagi sampai bawang kuning
kemudian masukkan sos tiram,sos tomato ,sos cili dan cili giling goreng
kemudian tambah air dan garam.
apabila dah kering sedikit masukkan kacang buncis dan bawang besar serta cili merah yang dipotong
.Goreng sampai kacang buncis masak.tutup api dan boleh dihidangkan.
Tip:
Pokok segar dan gemuk
-ambil satu mangkuk hati lembu kisar besama 1 mangkuk air .
bancuh hati yang di kisar dengan setimba air siram pada pokok .Insyaallah pokok akan gemuk
ni pokok dekat taman larangan saya |
ni juga gambar dekat umah saya hasil baja buat sendiri khasiat hati lembu mengandungi sumber zat besi baik untuk kesihatan |
No comments :
Post a Comment