cer criter aper maksudnyer

Monday, 10 February 2014

Pulut Kuning Lapis Serunding

 

Banyak kenangan di sebalik pembikinan ini pulut.Aku pernah buat tapi 6 tahun yang lalu.ini adalah pulut kuning bidan terjun.
Tengah-tengah aku dok khusyuk wat kerja pejabat  bunyi meseg terima kat hp aku.buka meseg aku dapat meseg dari kawan lama seorang cikgu.dia meseg mintak buat pulut kuning untuk Cikgu sekolah yang nak pencen .aku kenal sangat cikgu tu dulu dia mengajar aku jugak.
aku tak fikir panjang terima jerla job tu...
Blik kerja terus cari bahan2 nya.

Bahan-bahan :

1/2 kilo beras pulut
100ml santan
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu gula 
2 Helai
beberapa titik pewarna kuning telur starbrand/serbuk



 Bahan untuk hiasan

 1 Mangkuk Serunding daging
Brokoli rebus
Cili merah yg diukir jadi bunga
bunga cengkih
telur puyuh rebus
telur ayam rebus 
cili padi warna merah 
tomato ceri 
daun Bawang
lidi 
daun pandan 
papan kek
loyang berbetuk bulat 8 innc / loyang yang bentuk luv ker

Cara buatnya
1.Rendam semalaman pulut dengan air yang di letak pewarna kuning
2.Keesokkannya tos pulut 
3panaskan air guna rise cooker.taruk penapis diatas permukaan rise cooker(cari yg muat2 jer dgan muka rise cooker)
kaedah ni dapat jimatkan gas tapi mempercepatkan kerosakkan rise cooker.ha ha...kalau takut guna pengukus yg  biasa.)
4.Masukakan pulut yang di tos bersama daun pandan .jangan kukus banyak2 nanti lambat masak .saya kukus sikit 2 sbb nak pastikan semua masak elok.
5.Letak  daun pandan than tutup tudung .
6.Agak 10 minit gemburkan sikit pulut supaya masak rata.
7.Setelah masak ketepikan ,masak santan dengan garam dan gula dengan api yang sederhana .Jangan masak sampai pecah minyak cukup sekadar mendidih tutup api.
8.Masukkan santan sedikit demi sedikit sampai pulut lembut dan sebati dengan santan.
9.Lapik plastik di dasar loyang masukkan pulut tekan rata agak 2 inchi tebal
10.Tabur serunding sampai pulut tak nampak.
11.Ulang no 9.tak payahla taruk plastik pulak.dan rata tabur lagi serunding  
12.ulang lagi no 9 than tekan kemas .
13.Ambil papan kek telangkup dan boleh di hias ikut kretiviti  sendiri.
14.Susun tomato ceri keliling  pulut selang seli dengan brokoli
bahagian atas letakla burung dua ekor.

Cara nak buat  burung

Badan  -telur ayam rebus
Kepala-Telur puyuh /fish ball
Paruh -cili burung
mata-bunga cengkih
ekor-daun pandan potong bentuk v
untuk cantum kan gunakan lidi sate biar lebihkan bahagian bawah untuk cucuk di permukaan pulut




Dip Apple ku yang pertama

Apple Dip

Cuti  tak ada kerja Mid perabiskan masa luang yang ada dengan kerja conteng -conteng.kesian pulak tengok apple ni .
nak makan tak boleh sayang.dalam mid dok simpan sebab sayang ada insan yang dah ngapp .....Apple Dip ku..hu hu

Jom kita belajar cara-car nak celup apple ni

Bahan-bahan nya:


3 cawan coklat syiling.(coins milkchoclate)
3 cawan coklat syiling.(coins white choclate)
Lidi Sate secukupnya
 Manik Hiasan


Caranya:

#cairkan coklat  (kaedah doubleboil)
#cucuk lidi di tengah2 apel (tang tangkai)
#celup aple  seluruh coklat ikut kretiviti .
#cucuk lidi pada polisterin board yang tebal
# biarkan dia sejuk dan kering.
#ambil colat yang berlainan warna masukkan kedalam piping beg dan gunting sedikit di hujung.
#buatla corak pada apel yang dah di celup tadi.
#untuk bertambah seri taburkan hiasan manik .
#jangan lupa cabut lidi .
#kalau takut nampak lobang tutup dengan manik hiasan atau taruk reben pada tangkai apel
(sesuai di jadikan gift untuk party birthday n apa -apa even la.)

#selain epal ,apa jenis buah pun boleh di celup.
Hobi ini boleh buat duit kalau rajin.
 harini saya citer jer cara2 nya nanti saya  letak gambar agar mudah nak buat.





Pokok Bunga janda suli

JANDA SULI


Nama ni jerlah yang  Mid tahu .dari kecil sampai  besou gini Janda suli jer  Mid dengor .Kalau ada nama lain boleh ler bagitahu  kita kongsi-kongsi....
Pokok ini mempunyai bunga berwarna putih  dan amat harum.Pagi-pagi dilamanku bau semerbak sampai ada orang tegur.Dah tegur tu biasala cabut satu bawa balik tanam umah diala.Kami tak kisah asalkan dia bahagia .Mana tak nya Mid pun  buat cam gitu gak tapi kadang-kadangla ,itu pun umah sedara-mara jer.

Khasiat:

Maka kata janda suli  untuk ubat orang yang  keguguran dan ubat bagi kelancaran  MAI BULAN .rebus ubi  dan minum air nya .sebelum minum  baca doa dan selawat keatas nabi 3 x than mohon pada Allah agar sembuhkan  penyakit kita.


Wednesday, 5 February 2014

Hati Lembu Goreng Bersama Buncis

Ada khasiat hati lembu ni dan banyak juga faedahnyer pada tanaman kita. nanti saya citer.sekarang sya nak cerita pasal resepi yer.

RESEPI HATI LEMBU GORENG BERSAMA KACANG BUNCIS

bahan-bahannya
1/ kilo Hati lembu dipotong dadu
300gm Kacang Buncis
1 biji Cili Merah
2 ulas bawang Putih-tumbuk
2 Ulas bawang  merah-tumbuk
1/2 inci halia- potong halus2
1 biji bawang Besar
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1/2 cawan air
 garam secukup rasa

Cara-caranya.
mudah ajer masukkan minyak kedalam kuali dan goreng hati sampai masak
 buang sedikit minyak ,masukkan bawang putih dan bawang merah goreng lagi sampai bawang kuning 
kemudian masukkan sos tiram,sos tomato ,sos cili dan cili giling  goreng 
kemudian tambah air dan garam.
apabila dah kering sedikit masukkan kacang buncis dan bawang besar serta cili merah yang dipotong
.Goreng sampai kacang buncis  masak.tutup api dan boleh dihidangkan.



Tip:
Pokok segar dan gemuk
-ambil satu mangkuk hati lembu kisar besama 1 mangkuk air .
bancuh  hati yang di kisar dengan  setimba air siram pada pokok .Insyaallah pokok akan  gemuk
ni pokok dekat taman larangan saya
ni juga gambar dekat umah saya hasil baja  buat sendiri
khasiat hati lembu
mengandungi sumber zat besi  baik untuk kesihatan

Tuesday, 4 February 2014

Sate Ayam Weken

sate ayam ni aku buat semasa cuti raya  ritu .balik weken.maklumlah isteri  weken terbalik plak selalunya suami.bila cuti aku akan balik g jumpa suami.bertuahnya badan aku sebab dapat suami yang baik hati dan penyabar .Dalam hati dia tak tahuler.redho jerlah..nak wat camner dah kojer ...suamiku keje kampung .yang penting keizinan dan restu suami untuk memudahkan kita menjalankan urusan pekerjaan.kalini  saya nak share resepi  sate ayam .sebab tajuk ada tambah weken sebab aku buat  bila weken jer kalau hari biasa  tengok mood ler.




Bahan-bahan :

Bahan Sate 
  • 1 ekor ayam -  dipotong dadu 
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

Bahan A :
  • ½ kg bawang merah
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 inchi lengkuas
  • 1 inchi  halia
  • 1 inchi  kunyit 
  • 5 batang serai
Cara buatnya:

1.Potong dadu ayam n kalau suka ambil  kulit sekali n basuh terus toskan 
2.Kisar semua bahan A hingga  halus 
3.Tuang bahan yang dikisar dalam bekas besar  n masukkan ayam gaul dan masuk peti ais
perap satu malam baru perisa serap dlm daging ayam.
4.esoknya ambil daging ayam yg diperap cucuk pada lidi selang seli dgan kulit.kalau x suka cucuk isi saja.


Tip:
*elakkan lidi terbakar
-cucuk ayam rapat-rapat dan jangan bagi nampak lidi
*Daging ayam lembut dan wangi 
-ambil air perapan ayam  masuk kedalam mangkuk tambah sedikit butter/minyak
ketuk 2 batang  serai dan ikat bersama daun pandan 
celup batang serai dan pandan kedalam air perapan dan butter renjis2 pada satay semasa bakar.
bakar pada api bara kalau ada api kipas daaa nanti makan satay hangus pulak.aduyaiii
-satay jangan bakar terlalu lama nanti korasss,agak2 dah masak angkatla





Peria Sambal Telur

Dah lama tak berblog sejak laptop dan hp hilang ,sejak tula aku x berblog(macm banyak sangat isi dlm blog)peristiwa tu mmg jadi trauma pada aku sampai harini.yang paling sedih klau hujan lebat,pasti aku x leh nk tdur.sebab kejadian tu terjadi waktu hujan lebat...sampai harini perompak tu tak dapat di kesan..malasla nak komen...hu hu
hih  tulaaa malasla nk cerita pasal tu .kiter nak citer pasei ni makanan.tgah hari ini aku cuti x keja so aku masak untuk mak.mmg hari -hari aku masak untuk mak.harini aku nak kongsi peria masak sambal telur.peberet aku dan my mom.moh kiter nengok bahan2 nyer.


Bahan-bahannya:

1 biji buah peria
1 mangkuk air
5 sudu besar garam
5 biji cili besar- kisar
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 ulas bawang merah-tumbuk
1 sudu kecil kunyit serbuk 
1 sudu kecil gula
1 biji telur
3/4 air
garam secukup rasa

cara -caranya

1.Potong peria nipis- nipis(up 2 u) than masukkan dalam mangkuk berisi air .
masukkan garam dan rendam selama 2 jam.
2. Tumis bawang putih  dan bawang merah hingga kekuningan masukkan  cili yang dikisar 
3. Tambah gula dan garam
  *Basuh peria dengan air bersih dan toskan .
4.Masukkan peria dan goreng sampai masak.
5.Pukul sedikit telur supaya telur kuning sebati dgn telur putih dan tuang.pastikan kacau semasa tuang telur supaya telur hancur dan tidak berketul2.nanti jadi telur peria bungkus daaa.
6.Akhir sekali masukkan sedikit air dan serbuk kunyit kacau sedikit than angkatla makan.


tip:
 Hilangkan pahit peria .
Rendam peria yang telah di potong dalam mangkuk yang berisi air garam.
rendam selama 30 minit insyallah peria tidak pahit lagi...
sumber dari google

khasiat:
Peria atau nama sainsnya Momordica charantia
1. Haus karena panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
Satu buah peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah. Buang isinya, potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. 
2. Diabetes / Kencing Manis:
b. 200 g buah pare dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. Lakukan setiap hari. 
3. Disentri (penyakit darah, cirit-birit).
4. Amoebic dysentery, cirit-birit:
5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
b. Ambil dua sampai tiga bijian peria. Giling sampai halus, campur sedikit air masak. Minum, disusul dengan minum air hangat. Ramuan ini untuk mengubati jangkitan cacing gelang. 
6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan:
b. Ambil daun peria yang masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Airnya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. 
7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses):
8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing:
9. Kencing bernanah:
a. 200 g buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seperempat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 menit. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari.
Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc. 
Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 g. Bersihkan lalu dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas.  Setelah sejuk disaring, tambahkan gula pasir secukupnya lalu diminum. 
a. Daun segar sebanyak 7 g, diseduh (rendam agar menyerap) dengan 1/2 cawan air panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga bercampur rata, minum sekaligus sebelum makan pagi. 
a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, airnya digunakan untuk membasuh kulit kepala. 
Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. 
Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus. Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau merata lalu disaring. Air saringannya ditambahkan sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari sebelum makan. 
6 lembar daun pare, 2 jari akar jayanti (Sesbania sesban Merr.), 2 jari kulit kemboja, 1 jari rimpang temulawak, 3 jari gula enau (sugar palm), dicuci dan dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas, ditapis dan diminum