cer criter aper maksudnyer

Monday, 15 April 2013

MAK LANG SOM dan KURSUS DONATPAU



donat pelbagai saiz dan roper


pau
mak lang som



Aku tulis ni bukan nak ceritakan pasal kursus pau dan donat tapi semangat kegigihan mak lang som yang sudah berusia mencecah 80 an.Jika dilihat kegigihan nya memang tiada yang sangka dia lahir tahun pada 29.09.1936.
Diantara penuntut kolej yang paling tua.Nama sebenar maklang adalah Som Binti Puteh yang berasal dari Manong dan kini tinggal dihadapan rumah aku di Kg Hulu Cheh ,Bukit Gantang,Changkat Jering Taiping Perak.
Maklang merupakan  pengusaha putu kacang ,putu beras ,kerepek pisang dan kuih sepit.Apabila ada musim perayaan dan musim kenduri ,mak lang agak sibuk sikit berbanding hari biasa..Suami beliau akan turut membantu meringankan bebannya kerana maklang tidak mengupah orang  untuk menolongnya.Hari- hari biasa maklang akan membuat kuih muih untuk dijual sendiri di bandar bersama suami beliau dengan menaiki  Van  .Itulah runtin harian mak lang.
Mak lang dikenali oleh orang kampung dengan karektor lawaknya .Ramai penduduk senang dengan  mak lang kerana beliau mudah di dekati.Beliau juga tidak sombong malah seorang pemurah.



sambil menunggu tamat kelas nilah kerjanya

posing dihadapan kefeteria 

kek cawan Blueberry

kek cawan bluberry


Bahan-bahan:
250gm mentega
180gm gula kastor /150 gm gula pasir dikisar halus
5 biji telur Gred B
1 sb esen vanilla
1 cwn blueberry kering atau segar(kat pasaraya ada jual saya beli kat giant)
*220gm tepung gandum
*1 st baking powder
sedikit coklat urai untuk di tabur atas cupcake
bahan bertanda *diayak

Cara-caranya:


       -Ayak bahan-bahan yang bertanda *, satukan sekali dalam satu bekas. 
-mixer mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.
- Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
-Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam adunan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati
-akhir sekali masukkan blueberry dan gunakan spatula kaup balik sahaja  .

- Masukkan ¾ adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit atau hingga 
 keperangan.
-setelah angkat kek ,taburkan coklat urai masa kek masih panas kek ni sedap sekali untuk sarapan pagi dan petang .




Sunday, 14 April 2013

kek cawan coklat


    Bahan-bahan:
  • 1 ¾ cawan - tepung gandum
  • 2 sudu kecil - baking powder
  • 2 cawan - gula perang
  • 1 sudu kecil - garam
  • ¾ cawan - serbuk koko
  • 2 biji - telur
  • ¾ cawan - minyak masak
  • 1 cawan - susu cair
  • 1 cawan - air panas
Cara-cara memasak:
  • Gaul Tepung Gandum, Tepung Penaik, Gula Perang, Garam, Serbuk Koko, Telur, Minyak Masak dan Susu Cair.
  • Kemudian masukkan air panas.
  • Tuangkan dalam cawan cupcakes dan bakar 20 minit dengan darjah 170 darjah celcius.
  • selamat mencuba

Thursday, 11 April 2013

Kerabu Perut Dan Tomato

kerabu perut dan tomato
Bahan-bahan
Bahan a
2 biji Tomato dipotong nipis2
1 biji Bawang Besar di potong nipis
300 gm perut di rebus dan dipotong kecil2
1/2 Mangkuk Santan pekat
2 sudu besar kerisik

2 biji cili  merah

Bahan B

2 Batang Serai
1 inchi lengkuas
1 biji cili besar
sedikit belacan

Cara -caranya

Kisar bahan B dan tuang dalam mangkuk dan masukkan semua bahan A dan masak gaul kesemua hingga semua bahan bergaul.dan sedia untuk dihidang

Bihun Kota Singa

Bihun Kota Singa
Bahan-bahan

1 bungkus Bihun  (direndam  hingga lembut)
20 ekor  udang
2 biji bawang putih diketuk
2 biji bawang merah diris nipis
4 biji tomato (dipotong 4 bahagian)
2 ketul tauhu potong dadu
1 biji lobak merah dipotong nipis2
5 batang sawi
2 sudu besar perencah HILAL
2 sd bsr lada hitam ditumbuk  hancur
sedikit garam
sedikit minyak


Cara memasaknya;
1.Panaskan kuali dan masukkan minyak kemudian tumis bawang merah dan putih
2.masukkan lada hitam ,lobak merah, batang sawi dan  udang
3.masukkan pula perencah hilal bersama 1 cawan air ,kemudian masukkan bihun dan bahan lain goreng hingga  masak.

selamat mencuba



Masak Lemak Taugeh Udang Hidup.

Sambil dok tunngu keta aku siap kena  cuci aku berblog la .harini aku nk tulis resepi yang mudah  lagi senang.resepi main campak-campak.resepi ni kenapa bunyi mcam tu sebab  mak saya selalu buat masak lemak taugeh ni pakai udang kering .saya saja guna udang hidup  sebab memang ada dalam peti tu sapu jerla.


Bahan-bahannya
1Mangkuk Santan
1Mangkuk Taugeh
2 Ketul Tauhu dipotong dadu
2 sudu teh  Serbuk Perencah HILAL
10 ekor Udang  basah
20 gm  Ikan Bilis
1/2 batang Lobak Merah dipotong nipis
1 biji Cili Merah dipotong nipis
sedikit garam


udang dan ikan bilis

serbuk perencah hilal

taugeh

lobak, cili, bawang merah dan putih

tauhu

santan

cara buatnya:
Masukkan kesemua bahan dan masak hingga mendidih kacau sedikit dan  tutup api siapla.



kan dah kata senang saja  resepi main campak2 sahaja.


Jus kasjertik


Bahan-bahannya
 20 biji Limau Kasturi( dibuang biji)

20 gm Jeruk Betik Kering
sedikit gula
dan 1 mangkuk ais batu


cara buatnya :
masukkan kesemua bahan kedalam mesin pengisor kemudian kisor sampei hancur .sebelum nak kisor air jus ni pastikan balang pengisar bebas dari cili atau besih takut nanti jus ada rasa pedas  pulak...




Apam polka.dot.dot

apam polkadot
Bahan-bahan(50biji)

4 biji telur dari peti ais  gred c
2 1/2 cwn tepung Gandum
3 sdt Baking Powder
1 cwn Gula Aising
150 ml susu Cair /susu segar
1 sdt Ovallete
1 sdt Asen Vanila

1/2 cwn Mentega kacang ikut suka nak taruk inti apa tp saya suka yg ini.

 Cara-caranya
1.Pukul telur,gula,ovallete dengan mixer sampai kembang dengan kelajuan maksima.
2.Masukkan susu dan tepung dan mixer dengan kelajuan minima hingga sebati masukkan
esen vanilla pukul perlahan
3.Panaskan kukusan
4.Masukkkan adunan kedalam  mangkuk dan warnakan mengikut kesukaan
5.Masukkan pula kedalam piping beg  setiap adunan supaya senang untuk masukkan adunan kedalam
cawan kertas.
6.Inti juga dimasukkan kedalam beg piping
7.Paipkan sedikit adunan kedalam cawan kertas kemudian paipkan pula inti mentega kacang  dan paipkan dengan adunan semula untuk tutup inti tersebut.Ambil adunan warna yang berlainan paipkan titik-titik kecil atas adunan  tadi.
8.Kukus adunan  selama 10 minit dengan api yang sederhana.



# api yang kuat dan kukus terlalu lama akan menyebabkan  apam merekah macam gambar di bawah


sekian dari saya  selamat mencuba.


Thursday, 28 March 2013

MAI BELAJAR BUAT DAUN



Langkah pertama : siapkan coklat dan daun ros atau daun apa sahaja.












langkah kedua cairkan coklat secara double boiler dan celupkan daun bahagian belakang kerana bahagian belakang lebih cantik uratnyer.













pastikan permukaan daun disaluti coklat












letak coklat ditepi mangkuk untuk dapatkan daun yang berlengkung .masukkan dalam peti ais untuk proses pembekuan coklat.












apabila coklat betul2 beku  tarik daun perlahan-lahan bagi mengelakkan daun coklat patah.setelah siap simpan dlam bekas tertutup dan simpan dalam peti .daun coklat sesuai di letak atas kek coklat ganesh sebagai hiasan supaya nampak lebih tertarik dan menarik kau debooom hahh hahhh .selamat mencuba ..lupa nak bagitau gambar-gambar ni ku celup dari goegle suapaya anda senang untuk lakukan .

Wednesday, 20 March 2013


Petang Ahad aku tak balik kg suami sbb ada tempahan kek dari jiran depan rumah.sepatutnya semalam aku buat projek ni tapi kerana banyak urusan aku tangguhkan hari ini.Nak tahu apa projek aku ? mencari undur-undur , nilah projek aku petang ni ...bersama koncu -koncu aku diorang tolong carikan aku juga . seingat aku dah lama aku tak buat kerja ni...ni kerja zaman aku kecik-2 dulu adala.siap lawan lagi..bila teringat balik kisah dulu -2 memang menjadi memori indah. nak tahu kenapa aku cari binatang ni..binatang ni tergolong dalam golongan serangga dan namanya UNDUR-UNDUR.dinamakan begitu kerana serangga ini berjalan mengundur.
undur-undur-sumber google
Serangga macam ni sukar untuk didapati kawasan bandar kerana habitatnya didalam pasir gebu.Di kawasan kampung juga sukar untuk cari kerana kebanyakan rumah-rumah di kampung telah dibina dibawah ,tidak seperti dahulu dibina   atas dan mempunyai Bawah Rumah.UNDUR-UNDUR akan membuat sarang di bawah rumah. UNDUR-UNDUR juga dikenali sebagai ANTLION.dalam kelopok keluaga MYRMELEONTIDAE atau juga dikenali sebagai MYRMELEO yang mempunyai 2000 spesis.Di namakan ANTLION sebab serangga ni jenis rakus memakan semut .seperti gambar dibawah.Serangga ini mudah untuk dibiak dan mudah juga mati.sarangnya yang berbentuk kawah memudahkannya memerangkap semut sebagai punca rezeki.
kedudukan undur-undur didalam tanah-sumber google