cer criter aper maksudnyer

Wednesday 20 March 2013


Petang Ahad aku tak balik kg suami sbb ada tempahan kek dari jiran depan rumah.sepatutnya semalam aku buat projek ni tapi kerana banyak urusan aku tangguhkan hari ini.Nak tahu apa projek aku ? mencari undur-undur , nilah projek aku petang ni ...bersama koncu -koncu aku diorang tolong carikan aku juga . seingat aku dah lama aku tak buat kerja ni...ni kerja zaman aku kecik-2 dulu adala.siap lawan lagi..bila teringat balik kisah dulu -2 memang menjadi memori indah. nak tahu kenapa aku cari binatang ni..binatang ni tergolong dalam golongan serangga dan namanya UNDUR-UNDUR.dinamakan begitu kerana serangga ini berjalan mengundur.
undur-undur-sumber google
Serangga macam ni sukar untuk didapati kawasan bandar kerana habitatnya didalam pasir gebu.Di kawasan kampung juga sukar untuk cari kerana kebanyakan rumah-rumah di kampung telah dibina dibawah ,tidak seperti dahulu dibina   atas dan mempunyai Bawah Rumah.UNDUR-UNDUR akan membuat sarang di bawah rumah. UNDUR-UNDUR juga dikenali sebagai ANTLION.dalam kelopok keluaga MYRMELEONTIDAE atau juga dikenali sebagai MYRMELEO yang mempunyai 2000 spesis.Di namakan ANTLION sebab serangga ni jenis rakus memakan semut .seperti gambar dibawah.Serangga ini mudah untuk dibiak dan mudah juga mati.sarangnya yang berbentuk kawah memudahkannya memerangkap semut sebagai punca rezeki.
kedudukan undur-undur didalam tanah-sumber google

No comments :

Post a Comment