Rumahku syurgaku ,aku dilahirkan disini .Suka dukaku banyak tersimpan dirumah ini .Rumah ku yang sudah berusia 50 tahun ini yang terletak di sebuah desa bernama Kampung Hulu Cheh,Jalan Rezeki..memang sesuai dengan nama jalan.
Jalan Rezeki yang memang menyimpan banyak rezeki .Didalam kampung ni semua orang melayu sahaja yang tinggal dan semua dalah saudara belah mak dan ayah aku .itu yang istimewanya .hidup sering bergotong royong....
Aku anak yang ke 8 dari 8 adik beradik .Kira aku anak manjala konon, cis aku bukan begitu biarpun aku anak bongsu.
Dirumah ini aku aku dilahirkan dan dibesarkan .dari kecil sampai hari ini aku masih disini menjaga ibuku setelah ayahku pergi 8 tahun dahulu.
Hadapan rumahku adalah surau .dikiri dan kanan rumahku adalah rumah saudaraku .Dan nun dihujung kampung ada air terjun yang sejuk airnya.Anak buah ku kalau balik kampung pasti nak kesitu .
Di belakang rumah ada kebun getah dan kebun buah-buahan.Alhamdulillah itu harta yang ayahku tinggal untuk kami adik beradik.
Musim buah kali ni mmg amat sedih banyak buah yang jatuh gugur tak termakan .sedih nak jual harga terlampau murah .Sedekah tu tak yah kata sampai ofer orang ambil dekat pokok .Mana taknya musim buah kalini adalah bulan puasa orang tak makan buah, pulak tu musim panas .sabar ajelah itulah dugaan tuhan bila tak ada buah merungut dah tuhan bagi rezeki sampai tak termakan. Apapun aku bersyukur masih boleh menikmati nikmat dunia yang tak terucap dengan kata2
Sekian
No comments :
Post a Comment