pokok kaduk
harini bukan nak cita pasal pucuk kaduk ni tapi nak kongsi resepi kerabu pucuk kaduk bersama pucuk selon,
Bahan2nya:
7 helai daun kaduk yang muda
5 helai daun selon
(dibasuh dan di racik halus2)
1 /2 biji kelapa parut
(ambil yang putih jer)
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 /2 inci belacan
1 ulas bawang merah
7 ekor udang kering
1 biji limau kasturi
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
cara buat nyer:
1.Masukkan cili besar,cili padi ,belacan ,udang kering ,bawang dan gula dalam pengisar kering atau lesung batu.
2.Kisar sampai lumat dan tuang dalang mangkuk besar .
3.Masukkan kelapa parut ,daun kaduk ,daun selon dan garam .
4.Perah sedikit limau .
5.Gaul semua bahan dan boleh di hidangkan ..
*saya campurkan daun selon sekali sebab saya tak tahan bau daun kaduk tu,jika tak mahu tak perlu masukkan.
Khasiat Daun Kaduk
Selain dibuat ulam ,daun kaduk juga banyak khasiat dalam merubat penyakit seperti merawat
*Sembelit,Demam Malaria,
Sakit Gigi- caranya ambil sepokok kaduk beserta akarnya bilas bersih dan rebus airnya bersama 7 gelas air rebus sampai jd segelas air .biar air tersebut suam baru minum .
*batuk dan hilangkan panau
ambil 7 helai daun kaduk yang tua tumbuk lumat percikkan sedikit air.sapu ramuan tersebut pada leher jika batuk dan pada panau jika mahu hilangkan panau.
*Ghaout*
aku sendiri derita sakit ini setelah aku dapat petua amallan makan pucuk kaduk ,sakit ghout yang aku alami sudah ber kurang dan aku makan makanan laut pun tak apadah .dulu sampai tak boleh nak jalan .alhamdulillah
*ubat Cacing dalam perut*
aku ada baca dekat tenet boleh ubat budak yang ada cacing dengan meramas daun kaduk dalam satu baldi air kemudian mandikan budak tu dengan air daun kaduk tu.insyaallah jika serasi baikla penyakit tu....
sekian
|